Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Saturday, April 24, 2010

Sumber BN(Berita Harian) : Penduduk Hulu Selangor perlu buat perubahan


HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak mahu penduduk Hulu Selangor membuat perubahan dengan memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor esok.

Perdana Menteri berkata, pembaharuan yang bermula di Selangor amat penting bagi menunjukkan mandat rakyat kepada kerajaan, sekali gus memberi gambaran pemerintah sedia ada mendapat sokongan penuh rakyat untuk menerajui negara.
“Saya nak (menang) sebab Selangor penting... sebab itu perubahan mesti berlaku dan perubahan pertama pada 25 April ini untuk sokong BN. “Kita ada potensi besar menang sebab itu saya hendak mandat kerusi di kawasan Hulu Selangor kali ini dan saya akan pastikan semua janji kita dipenuhi,” katanya ketika beramah mesra dengan lebih 1,000 masyarakat Cina di pekan Hulu Yam Barat, di sini semalam.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta calon BN, P Kamalanathan dan isteri, S Shobana.

Perjumpaan hampir sejam itu mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat kawasan itu yang melaungkan slogan 1Malaysia sebaik Najib dan anggota rombongan tiba di pekarangan Restoran Weng Heng yang terletak di persimpangan utama pekan Hulu Yam Lama.

Pada masa sama, Najib mengumumkan peruntukan RM90,000 untuk pembinaan jalan dan longkang ke tanah jirat baru Kwang Tung di Hulu Yam Lama (sekarang dikenali sebagai Hulu Yam Barat).
Dalam ucapan ringkasnya itu, Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji manis pembangkang yang pemimpinnya mempunyai impian berlainan bagi memenuhi kepentingan parti.

Beliau berkata sikap hipokrit pemimpin berkenaan akan memusnahkan negara yang dibina atas dasar satu bangsa, satu negara dan satu impian.

“Kita mahu menjadi negara bersatu padu sebab bila rakyatnya terdiri dari Melayu, Cina dan India bekerjasama melalui gagasan 1Malaysia, negara akan menjadi kuat, berjaya dan harmoni tanpa mengira kaum.

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara sederhana, yang baik dan tidak mundur. Kita mahu Malaysia dilonjakkan sebagai negara bangsa yang hebat... itu impian saya dan sebab itu saya dan jemaah Menteri bekerja siang dan malam. Saya percaya ini cara untuk mengubah negara dan perubahan akan bermula di Hulu Selangor,” katanya.

0 comments: