sumber: Malaysiakini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.
Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.
Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.
Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.
Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.
BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.
Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.
untuk berita lanjut, sila klik disini

Laman Sumber Politik Malaysia
Sunday, October 11, 2009
Sumber Bebas( Malaysiakini) Preview: Isa Samad tebus maruah BN
Labels: Sumber Politik Malaysia
Saturday, October 10, 2009
Laman Video Terkini dari Sumber Politik Malaysia
Kini anda boleh mendapat liputan politik malaysia dari sudut pandangan media bebas iaitu Malayskiakini.
Selamat menonton. :)
Labels: Video Sumber Politik Malaysia
Wednesday, August 26, 2009
ADUN LUNAS DIGUGURKAN DARI EXCO KEDAH
Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.
Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.
Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan.
"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.
Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.
Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan.
"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.
Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.
Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim. Bernama
Tuesday, August 25, 2009
PAS menang, majoriti menurun
Sumber: Malaysiakini
PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.
Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.
Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.
Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.
Terkini Permatang Pasir(sumber Malaysiakini)
Sejumlah 73.1 peratus atau 14,832 orang keluar mengundi apabila proses pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.
Jumlah tersebut merosot 1,971 orang atau hampir 10 peratus berbanding dengan peratusan yang keluar mengundi pada pilihanraya umum tahun lalu. Pilihanraya umum tahun lalu menyaksikan 82.5 peratus atau 16,803 orang keluar mengundi.
Monday, August 24, 2009
Terkini Permatang Pasir(sumber Malaysiakini)
47.2% mengundi sehingga 12 tengahari
Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang.
Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.
Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.
Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.
Laporan awal:
Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.
Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".
Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.
Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.
untuk berita lanjut, sila klik disini
Berita Politik Pilihan 3 Sumber 24/8/2009
MALAYSIAKINI PREVIEW:
Exco Kedah keluar PKR, sokong PM
ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.
Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin."Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu."Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.
UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
HARAKAHDAILY PREVIEW:
Tindakan Radzhi untungkan Pakatan
Pengisytiharan keluar PKR oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh tidak banyak memberi keuntungan kepada dirinya mahupun kepada BN.Apatah lagi pengumuman dibuat selepas gagal memujuk ADUN pakatan lain bersamanya.Dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.Mengulas perkara itu Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya berpendapat, isu ini tidak banyak membantu Umno khususnya, jika dicanang kepada pengundi di Permatang Pasir.
"Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.ImageMohd Radzhi (gambar) dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.
Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.Jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.
UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
BERITA HARIAN ONLINE PREVIEW:
Sultan Kedah belum perkenan gugur Adun Lunas: MB
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah belum berkenan untuk menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, daripada jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia negeri.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Sultan Abdul Halim dijangka akan memberi perkenan mengenai perkara itu dalam tempoh sehari dua ini.Beliau menghadap Sultan Kedah petang tadi bagi mempersembahkan permohonan menggugurkan Mohd Radzhi, selepas Adun Lunas itu mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas, semalam.Azizan berkata, ini bermakna Mohd Radzhi masih lagi seorang Exco dan beliau boleh menghadiri mesyuarat Exco jika ia diadakan sebelum pengguguran itu.
UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI