Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Wednesday, May 12, 2010

Sumber BN(Berita Harian): Isu tempatan tumpuan pilihan raya kecil Sibu

SIBU: Dengan tinggal hanya empat hari sebelum pengundian, usaha bagi menarik sokongan bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu kini semakin rancak dengan isu tempatan yang menjadi tumpuan dalam berkempen.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen parti Barisan Nasional (BN) yang berentap dalam pilihan raya kecil itu, hari ini menghentam "musuhnya", DAP dan mendesak untuk mengetahui apa yang dilakukan parti yang berpangkalan di semenanjung itu bagi rakyat Sibu.
Dengan menyajikan apa yang mereka sebut sebagai Kad Laporan BN, ketua publisiti SUPP Sibu, Daniel Ngieng, berkata kadar pembangunan dan pertumbuhan fizikal Sibu kebanyakannya adalah hasil usaha kepimpinan BN dan SUPP.
Ia termasuk pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan awam, taman dan kawasan hijau, sistem trafik, pelebaran terminal lapangan terbang Sibu dan juga pendidikan.

"Apa yang telah mereka lakukan untuk pendidikan di Sibu? Saya mahu DAP menjawab soalan ini," katanya kepada sidang media harian SUPP mengenai pilihan raya kecil di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, DAP mengecam SUPP dan BN berhubung isu tanah dan juga pengagihan kekayaan di Sarawak.

Pengarah pilihan raya kecil Sibu DAP, Chong Chieng Jen, berkata parti itu kesal bahawa BN terutama SUPP, yang gagal menyatakan pendirian mengenai isu tanah yang menjadi perhatian utama rakyat Sarawak.
"Ini terutamanya berkaitan dengan pembaharuan pajakan tanah. Apabila tempoh pajakan tanah tamat tempoh, dan mereka yang mengambil keputusan tidak mahu memperbaharuinya, tanah itu akan diambil oleh kerajaan tanpa sebarang pampasan.

"Jika kerajaan meluluskan permohonan memperbaharuinya, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit, bergantung kepada penilaian Jabatan Tanah dan Ukur negeri," katanya di ibu pejabat pilihan raya kecil parti itu.

Chong berkata, DAP mahu Kanun Tanah Negeri pada masa ini dipinda bagi membenarkan pembaharuan secara automatik bagi semua tanah pajakan untuk tempoh 99 tahun tanpa sebarang syarat dikenakan untuk pembaharuan.

Selain itu, DAP juga mengecam BN berhubung isu pengagihan kekayaan di Sarawak dan keperluan untuk peruntukan kewangan yang adil kepada orang ramai. - Bernama

0 comments: