Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Monday, May 17, 2010

Keputusan rasmi PRK Sibu 16 Mei 2010


sumber diperolehi dari Malaysiakini

DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONECalon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sunday, May 16, 2010

Perkembangan Sekitar PRK Sibu 16 Mei (Sumber Malaysiakini)


10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).

"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Thursday, May 13, 2010

Sumber BN(Berita Harian): Masyarakat Cina, Melayu Sibu dapat durian runtuh


Masyarakat Cina, Melayu Sibu dapat durian runtuh


2010/05/13
NAJIB diiringi calon BN, Robert Lau (kiri) bersalaman dengan pengurusan sekolah dan guru pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik di Sibu, semalam.
NAJIB diiringi calon BN, Robert Lau (kiri) bersalaman dengan pengurusan sekolah dan guru pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik di Sibu, semalam.
PM lulus segera peruntukan pertingkat kebajikan penduduk

SIBU: Masyarakat Cina dan Melayu di sini menerima ‘durian runtuh’ apabila Datuk Seri Najib Razak yang tiba untuk lawatan rasmi dua hari bermula semalam, meluluskan segera peruntukan bagi kepentingan kedua-dua kaum itu.
Bagi masyarakat Cina, Perdana Menteri bukan saja meluluskan peruntukan RM18 juta untuk 65 sekolah bantuan Cina dan dua sekolah kebangsaan di bandar ini, malah menyerahkan terus cek itu pada satu majlis, petang semalam.
Pada satu majlis lain di Masjid An Nur, malam tadi, Najib mengumumkan sumbangan Kerajaan Persekutuan dan negeri berjumlah RM6.6 juta bagi kebajikan masyarakat Islam termasuk bagi pembinaan dua masjid baru.

Hari ini, masyarakat Iban akan menerima kunjungan Perdana Menteri apabila menghadiri majlis mesra bersama mereka di Rumah Panjang Sebastian Onggoh, Pasai Besar di Jalan Teku Sibu.

Bagi masyarakat Cina, peruntukan terbesar berjumlah RM10 juta diberikan kepada 60 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C); RM5 juta untuk lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, SMJK (C); RM2 juta lagi bagi membina bangunan baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan RM1 juta untuk membiayai pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan St Mary.

Pengumuman Najib yang dibuat pada majlis ramah mesra dengan United Association of Chinese Secondary School (UACSS) dan United Association of Chinese Primary Aided School (UACPAS) disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan 1Malaysia daripada lebih 2,000 warga pendidik yang hadir.
Najib berkata, beliau tidak perlu meyakinkan masyarakat Cina mengenai kepentingan pendidikan kerana beliau sedar bagi kaum Cina pendidikan adalah segala-galanya dan kaum itu sanggup mengorbankan apa saja demi pendidikan.

"Tetapi anda (sekolah Cina) juga perlukan bantuan kerajaan. Apakah saya tidak betul?. Biar saya tanya anda ini, siapakah kawan sebenar pendidikan Cina di negara ini.

“Ketika saya Menteri Pelajaran pada 1996, apabila Akta Pelajaran dipinda, saya mengambil risiko politik ketika itu dengan menggugurkan Seksyen 21(2) untuk menjadikan Sekolah Cina sebagai Sekolah Kebangsaan," katanya ketika berucap pada majlis itu, yang turut dihadiri calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew

Sumber PR(HarakahDaily) Preview: Pengundi Sibu jangan ulangi kesilapan lalu

13 Mei: Bakal pengundi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak, diingatkan tidak mengulangi kesilapan lalu yang memilih calon Barisan Nasional (BN) sehingga nasib mereka tidak terbela sehingga hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, ketika ditemui memberitahu pengundi Sarawak juga perlu menjadikan contoh kegagalan BN dalam mentadbir sama ada di Sarawak atau peringkat negara sebelum membuat pilihan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang bakal berlangsung 16 Mei ini.

Katanya, penafian royalti minyak oleh kerajaan BN kepada Kelantan, perlantikan APCO Word Wide dari Israel sebagai penasihat negara, kelulusan judi bola sempena Piala Dunia 2010 dan berbagai lagi perlu dijadikan contoh kegagalan kerajaan hari ini.

“Apa yang wajar rakyat perlu memilih calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu memandangkan ianya telah berjaya mentadbir beberapa buah negeri selain Kelantan.

“Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sudah cukup membuktikan rakyat terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: Polis ingatkan jangan main isu agama di Sibu

Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu sekali lagi diperingatkan supaya tidak menyentuh perkara berkaitan agama dalam kempen mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata penduduk di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai masalah agama dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan agama bukan isu di kalangan penduduknya.

"Saya tidak mahu orang luar datang ke sini hasut isu agama. Kalau mereka lakukan demikian, kita akan ambil tindakan tegas.

"Walaupun tiada laporan dibuat, kita akan pantau dan kita tahu siapa yang biasanya terbabit dalam perkara seperti ini," katanya selepas melawat Bilik Gerakan Polis bagi pilihan raya tersebut di Kem Pasukan Gerakan Am Lanang di Sibu, hari ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Wednesday, May 12, 2010

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: 'Umno Alor Star balas dendam...'

PAS Alor Star mendakwa tindakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menerima permohonan kemasukan 61 ahli PAS kelmarin, adalah satu tindakan "balas dendam politik" terhadap parti itu.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya mendakwa, tindakan Ahmad Bashah itu ekoran sejumlah ahli Umno di dua kawasan di Alor Star - DUN Alor Mengkudu dan Taman Wira Mergong dalam DUN Bakar Bata - menyertai PAS pada bulan Mac dan April lalu.

"Beliau buat sebab nak balas dendam kerana kita ambil orang dia, dia (pula) ambil orang kita," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ahmad Bashah juga merupakan ketua Umno bahagian Alor Star dan ADUN Bakar Bata.

Kelmarin, dilaporkan seramai 61 ahli PAS kawasan Alor Star bertindak keluar parti dan memohon menyertai Umno selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kumpulan tersebut diketuai timbalan ketua PAS cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62.


untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: Taib: Pilihan raya Sibu 'amat panas'

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyamakan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu sebagai pertembungan antara propaganda pembangkang dengan rekod perkhidmatan dan komitmen Barisan Nasional (BN).

"Perjuangan kami dalam BN adalah untuk meneruskan khidmat kepada rakyat. Pencabar kita tidak bercakap mengenai sebarang rancangan khidmat tetapi hanya membangkitkan isu-isu," katanya pada perjumpaan dengan penduduk di Dewan Masyarakat Melayu/Melanau di Kmapung Hilir di Sibu hari ini.

Sambil meminta pengundi Sibu supaya menolak pembangkang, Taib berkata pembangkang menimbulkan pelbagai isu termasuk yang asing kepada negeri itu dan menyentuh soal keagamaan.

"Ini boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber BN(Berita Harian): Isu tempatan tumpuan pilihan raya kecil Sibu

SIBU: Dengan tinggal hanya empat hari sebelum pengundian, usaha bagi menarik sokongan bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu kini semakin rancak dengan isu tempatan yang menjadi tumpuan dalam berkempen.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen parti Barisan Nasional (BN) yang berentap dalam pilihan raya kecil itu, hari ini menghentam "musuhnya", DAP dan mendesak untuk mengetahui apa yang dilakukan parti yang berpangkalan di semenanjung itu bagi rakyat Sibu.
Dengan menyajikan apa yang mereka sebut sebagai Kad Laporan BN, ketua publisiti SUPP Sibu, Daniel Ngieng, berkata kadar pembangunan dan pertumbuhan fizikal Sibu kebanyakannya adalah hasil usaha kepimpinan BN dan SUPP.
Ia termasuk pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan awam, taman dan kawasan hijau, sistem trafik, pelebaran terminal lapangan terbang Sibu dan juga pendidikan.

"Apa yang telah mereka lakukan untuk pendidikan di Sibu? Saya mahu DAP menjawab soalan ini," katanya kepada sidang media harian SUPP mengenai pilihan raya kecil di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, DAP mengecam SUPP dan BN berhubung isu tanah dan juga pengagihan kekayaan di Sarawak.

Pengarah pilihan raya kecil Sibu DAP, Chong Chieng Jen, berkata parti itu kesal bahawa BN terutama SUPP, yang gagal menyatakan pendirian mengenai isu tanah yang menjadi perhatian utama rakyat Sarawak.
"Ini terutamanya berkaitan dengan pembaharuan pajakan tanah. Apabila tempoh pajakan tanah tamat tempoh, dan mereka yang mengambil keputusan tidak mahu memperbaharuinya, tanah itu akan diambil oleh kerajaan tanpa sebarang pampasan.

"Jika kerajaan meluluskan permohonan memperbaharuinya, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit, bergantung kepada penilaian Jabatan Tanah dan Ukur negeri," katanya di ibu pejabat pilihan raya kecil parti itu.

Chong berkata, DAP mahu Kanun Tanah Negeri pada masa ini dipinda bagi membenarkan pembaharuan secara automatik bagi semua tanah pajakan untuk tempoh 99 tahun tanpa sebarang syarat dikenakan untuk pembaharuan.

Selain itu, DAP juga mengecam BN berhubung isu pengagihan kekayaan di Sarawak dan keperluan untuk peruntukan kewangan yang adil kepada orang ramai. - Bernama

Tuesday, May 11, 2010

Sumber BN(Berita Harian): Undi calon BN tanda sokongan kepada Najib: Salang

SIBU: Satu undi bagi calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu adalah satu undi sokongan bagi kepimpinan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata, pilihan raya kecil kerusi itu pada 16 Mei ini adalah satu lagi peluang penghuni rumah panjang Sarawak untuk menyatakan sokongan mereka kepada Najib.
Salang berkata demikian pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rh James Sembilan Guang di Bawang Assan dekat sini malam tadi.
Beliau berkata, Najib berhak mendapat semua sokongan yang diperlukan kerana beliau masih di dalam proses untuk mentransformasikan kerajaan dan negara ini.

"Najib sedang berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi daripada status berpendapatan sederhana masa kini," katanya.

Salang berkata, penghuni rumah panjang seharusnya tidak membiarkan diri mereka terpedaya dengan hasutan dan janji parti pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak mempunyai program kukuh untuk membantu masyarakat rumah panjang.

Beliau juga menasihatkan pengundi di Sibu keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Ahad ini dan memberi kemenangan besar kepada BN.
Dalam perkembangan lain, Salang berkata kerajaan akan mencari jalan untuk meningkatkan lagi hubungan komunikasi di kawasan Bawang Assan.

"Kami mungkin boleh mewujudkan satu pusat komuniti jalur lebar dan perkampungan WiFi di SMK Bawang Assan," katanya sambil menambah kawasan itu kini mempunyai jumlah penduduk agak besar dengan lapan rumah panjang dan dua sekolah.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Lau, calon DAP, Wong Ho Leng, dan calon Bebas, Narawi Haron. - Bernama