Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Wednesday, April 28, 2010

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: Najib: Hutang saya sudah langsai


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.

"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.

Katanya, beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.

"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya.

Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada PRK itu.

"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: Umno tukar calon 'strategi bijak', kata Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan strategi Umno menukar calon baru walaupun dari MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu "strategi yang bijak".

"Calon baru, walaupun dari MIC, memberi gambaran protes 'didengari dan diambil kira'. Bukan semuanya, tetapi sebahagian kecil darinya.

"Kerusi tidak diserah kepada Umno tetapi tidak juga kembali kepada pemimpin MIC yang sama. Orang baru yang lebih muda dan kononnya lebih mampu membawa perubahan.

"Dalam masa yang sama, 'hak' MIC sebagai rakan BN dipertahankan. Undi Melayu dipujuk dengan pertukaran calon, undi masyarakat India dan Cina pula dengan mempertahankan hak parti rakan parti komponen BN," coret Khalid dalam blognya.

Sehubungan itu, kata Khalid, melalui kemenangan ini juga, rayuan dan desakan Umno untuk kerusi parlimen itu diserahkan kepada Umno boleh dianggap "menemui ajalnya".

Khalid mengulas kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad lalu di mana calon BN P Kamalanathan menang dengan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan yang juga ketua penerangan Pemuda MIC mendapat 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Khalid yang juga anggota biro politik PAS berkata strategi Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Zaid sebagai calon "tiada salahnya".

"Pencalonan beliau menyebabkan majoriti BN hanya 1,725 dan bukan 6,000 seperti yang sepatutnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Monday, April 26, 2010

Sumber Bebas (Malaysiakini) Preview: HBN menang tapi hilang sokongan Cina


Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam, sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu.


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan, berbaju kelabu) pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Pakatan Rakyat(Harakahdaily) preview: Terus bejuang tumbangkan BN

Pengarah Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Fuziah Salleh menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat (PR) agar berjiwa kental untuk meneruskan perjuangan menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) dan menerima kekalahan kali ini.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam satu himpunan ringkas di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu selepas mengetahui keptusan pilihanraya kecil berkenaan berpihak kepada BN.

"Kalau sekiranya sekali kita menang, maka kita akan ingat kita akan menang untuk yang seterusnya, kita silap. Adakah saudara fikir kita akan berada di sini tanpa melalui kesusahan,kepayahan?

"Tanpa melalui semua itu, kita tidak akan kuat untuk berada di sini dan meneruskan perjuangan kita. Sekali kita kalah tidak bermaksud kalah selamanya.

"Maka kentalkanlah jiwa kita. Adakah saudara akan kecewa kerana kita kalah sekali pada hari ini?" Soalnya dan disambut laungan 'tidak' dari kira-kira 300 penyokong PR yang hadir.

Sambil mengakui sedih dan kecewa dengan kekalahan itu, beliau bagaimanapun menyifatkan ianya bersifat sementara dan menyeru para penyokong PR agar berpegang kepada prinsip berjuang secara bermaruah.

"Memang sedih dan kecewa (dengan kekalahan). Itu perkara biasa tapi kita terus berpegang kepada prinsip kita berjuang secara bermaruah.

"Perjuangan kita ini demi masa depan anak kita dan negara kita. Sedih sehari dua tapi kita akan terus bangkit untuk lawan tetap lawan," katanya disambut laungan 'lawan tetap lawan'.

Ahli Parlimen Kuantan dari PKR itu turut menegaskan, PR tidak akan sesekali mengikut jejak langkah Umno/BN yang sanggup melakukan taktik kotor untuk memenangi mana-mana pilihanraya.

"Perjuangan ini adalah berasaskan sesuatu yang kental. Bukan boleh hancur dengan kekalahan begini.Sekiranya BN terdesak dan boleh buat apa sahaja, adakah kita akan buat perkara yang sama?

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber BN(Berita Harian) : Bukti peralihan sokongan rakyat BN

Kemenangan bawa erti besar kepada BN: Najib

HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. Beliau berkata, keputusan itu juga secara automatik menuntut BN untuk bekerja bersungguh-sungguh memenuhi amanat rakyat.

"Kemenangan calon BN Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada 2008 dan keputusan pada hari ini (semalam) sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi.

"Ini adalah satu anjakan atau peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai pembangkang," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta pemimpin parti komponen BN.
Najib berkata: "Sekarang kita perlu turun padang, sentiasa mengambil berat dan mesti selesaikan semua janji di sini.

"Bukan saja mesti laksanakan semua janji, tetapi semua jangkaan dan harapan rakyat mesti dipenuhi dalam semua aspek sama ada pembangunan, kebajikan dan melayani kehendak pengundi di kawasan ini."

Perdana Menteri berkata, kemenangan calon BN juga menunjukkan pengundi Hulu Selangor menolak cara pembangkang berpolitik kerana menabur fitnah dan pembohongan, malah mereka tahu membuat penilaian siapa yang benar dan apa yang batil.

Mengenai faktor yang membawa kepada kemenangan ini, Najib berkata, banyak yang mempengaruhinya, namun tidak menolak kemungkinan ia bergantung kepada faktor nasional dan setempat.

Beliau menegaskan kemenangan ini adalah satu permulaan baik bagi arah tuju parti.

“Saya percaya kita berada dalam landasan sebenar. Cuma rakyat nak tengok hasil keputusan selepas mereka gembira dengan pengumuman (kemenangan)," katanya.

Najib turut menghargai segala usaha dan komitmen jentera parti dari semua parti komponen serta semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jentera parti yang bekerja bersungguh-sungguh dengan komitmen yang tinggi bagi memastikan kemenangan ini.

“Calon kita Kamalanathan juga mempunyai perwatakan dan personaliti yang diterima pengundi," katanya.

Sumber Bebas (Malaysiakini) Preview: Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S'gor

Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.

Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Sebelum itu, lebih 1,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Rasmi : BN Menang PRK Hulu Selangor


9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

sumber: malaysiakini

Sumber Bebas (Malaysiakini) Preview: Proses mengundi di Hulu Selangor bermula


Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini.

9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Sementara itu, azlanPusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Saturday, April 24, 2010

Sumber Bebas (Malaysiakini) Preview: Hari terakhir - diari Hulu Selangor


Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P 094.

8.00am: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Tani Ulu Bernam, Tanjung Malim

9.00am: Program sarapan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Padang Kg Gumut Tambahan, Kalumpang

9.30am: Najib berucap kepada jentera pilihan raya BN dan juga masyarkat setempat.



"Apa relevannya Apco bagi penduduk Hulu Selangor," katanya.

"Lihat sumbangan kita sejak dulu...Sejak beberapa hali lalu BN juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan juga penduduk kampung”.

Kata
nya, Kamalanathan adalah produk yang baik dan BN telah menyemak latar belakangnya dengan teliti sebelum membuat pencalonan.

"Saya sudah check depan dan belakang, sampai seluar dalam. Kita tak nak orang yang suka enjoy ... Kita nak orang yang bekerja,"kata Najib.

9:00am: Sarapan dengan Anwar di Markas Besar, DUN Ulu Bernam

9.30am: Perhimpunan peneroka Felda settlers dengan Musyirdul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi.



10.01am: Lebih 20 mat rempit yang memakai kemeja- T 1Malaysia merempuh program Pakatan Rakyat di Felda Sg Tengi. Mereka membuat bising sambil membunyikan hon bagi menggangu kempen pembangkang. Penyokong PAS membalas dengan bertakbir "Allahu Akbar!"

10.30am: Anwar minum pagi bersama penduduk di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru


untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Ilham Centre: Pengundi Melayu ramal BN menang


Kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati pengundi Melayu berpendapat Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini.

Hampir 40 peratus dari keseluruhan responden yang ditinjau meramalkan kemenangan berpihak kepada BN manakala hanya 16 peratus yang yakin PKR mampu membuat kejutan.

Namun tinjauan itu juga mendapati kebanyakkan pengundi masih belum dapat menyatakan pendirian dan menjangkakan pertembungan sengit.

BN dikatakan masih mendahului PKR di beberapa kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di kawasan atau kampung majoriti Melayu , termasuk di Felda.

Namun begitu, pola sokongan dan trend pengundian seakan berpihak kepada Pakatan Rakyat-PKR terutama di lokaliti bandar dan di kalangan pengundi muda.

Prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dilihat juga memberi kesan kepada keputusan pengundi pada Ahad ini.

Bancian itu juga mendapati lebih 34 peratus pengundi Melayu menganggap dasar kebajikan baru yang diperkenalkan dan diberikan oleh kerajaan Selangor amat penting bagi mereka serta sangat wajar diteruskan.



Antrara program itu termasuk projek Usia Emas, Tawas, pemberian air percuma.

Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bagaimanapun dikatakan masih mempunyai peluang untuk menang tetapi berdepan dengan laluan yang sukar kerana diserang secara peribadi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber BN(Berita Harian) : Penduduk Hulu Selangor perlu buat perubahan


HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak mahu penduduk Hulu Selangor membuat perubahan dengan memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor esok.

Perdana Menteri berkata, pembaharuan yang bermula di Selangor amat penting bagi menunjukkan mandat rakyat kepada kerajaan, sekali gus memberi gambaran pemerintah sedia ada mendapat sokongan penuh rakyat untuk menerajui negara.
“Saya nak (menang) sebab Selangor penting... sebab itu perubahan mesti berlaku dan perubahan pertama pada 25 April ini untuk sokong BN. “Kita ada potensi besar menang sebab itu saya hendak mandat kerusi di kawasan Hulu Selangor kali ini dan saya akan pastikan semua janji kita dipenuhi,” katanya ketika beramah mesra dengan lebih 1,000 masyarakat Cina di pekan Hulu Yam Barat, di sini semalam.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta calon BN, P Kamalanathan dan isteri, S Shobana.

Perjumpaan hampir sejam itu mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat kawasan itu yang melaungkan slogan 1Malaysia sebaik Najib dan anggota rombongan tiba di pekarangan Restoran Weng Heng yang terletak di persimpangan utama pekan Hulu Yam Lama.

Pada masa sama, Najib mengumumkan peruntukan RM90,000 untuk pembinaan jalan dan longkang ke tanah jirat baru Kwang Tung di Hulu Yam Lama (sekarang dikenali sebagai Hulu Yam Barat).
Dalam ucapan ringkasnya itu, Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji manis pembangkang yang pemimpinnya mempunyai impian berlainan bagi memenuhi kepentingan parti.

Beliau berkata sikap hipokrit pemimpin berkenaan akan memusnahkan negara yang dibina atas dasar satu bangsa, satu negara dan satu impian.

“Kita mahu menjadi negara bersatu padu sebab bila rakyatnya terdiri dari Melayu, Cina dan India bekerjasama melalui gagasan 1Malaysia, negara akan menjadi kuat, berjaya dan harmoni tanpa mengira kaum.

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara sederhana, yang baik dan tidak mundur. Kita mahu Malaysia dilonjakkan sebagai negara bangsa yang hebat... itu impian saya dan sebab itu saya dan jemaah Menteri bekerja siang dan malam. Saya percaya ini cara untuk mengubah negara dan perubahan akan bermula di Hulu Selangor,” katanya.

Sumber Pakatan Rakyat(Harakahdaily) preview: Pakatan mahu merdekakan peneroka - Anwar

Menjelang sehari hari mengundi, Pakatan Rakyat mendapat sokongan moral yang kuat apabila masyarakat Felda yang selama ini menjadi penyokong kuat Umno mula beralih arah kepada mereka.

Di Felda Sungai Tengi malam tadi, mereka mencipta sejarah apabila ribuan mereka turun menyertai majlis ceramah yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita mahu memerdekakan masyarakat Felda," kata Anwar Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang turun ke medan Desa Jaya, Felda Sungai Tengi.

Anwar dan Muhamad Sabu memberikan ceramah di majlis Himpunan Peneroka Felda Kebangsaan ke 2 yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

100 meter dari itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memberikan ceramah kepada kira-kira 200 orang pendengar. 100 meter dari situ juga ada pertandingan futsal untuk pemuda di Felda itu.

Di majlis ceramah malam tadi, Anwar melancarkan kempen 'Jom turun ke ladang' yang dibuat oleh Anak untuk menarik jenerasi kedua Felda agar mengusahakan sendiri ladang keluarga mereka.

"Peneroka adalah tuan bukannya kuli sebagaimana yang dibuat oleh Felda kepada tuan-puan sekarang," kata Anwar merujuk kepada pelbagai peraturan dan sekatan yang dikenakan kepada peneroka.



"Yang ini tak boleh, yang itu tak boleh. Kita masuk Felda bukan nak menjadikuli mereka. Kita mahu merdeka jiwa dan fikiran. Saya bagi jaminan, jika kitamenang di Hulu Selangor, kita menang di Sibu, kita juga akan menang di Putrajaya...kita akan kembalikan hak dan maruah peneroka Felda," kata Anwar dengan disambut tepukan gemuruh masyarakat peneroka yang datang.


untuk berita lanjut, sila klik disini

Wednesday, April 21, 2010

Sumber BN(Berita Harian) : 414 anak jati Hulu Selangor dapat tawaran politeknik, pinjaman PTPTN

21 April 2010
HULU SELANGOR: 414 orang anak jati Hulu Selangor dapat tawaran Politeknik dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN).

Lebih menggembirakan mereka ialah surat tawaran disampaikan sendiri secara peribadi daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ia adalah bukti kerajaan BN yang prihatin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran rakyat terutama generasi muda. Ia berbeza dengan kempen pembangkang yang sentiasa tanamkan rasa kebencian.

Sumber Pakatan Rakyat(Harakahdaily) preview: Penduduk Bt Beruntong dan Bt Sentosa dapat CF kekal

21 April: Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah bersetuju untuk membina sendiri jalan-jalan di kawasan perumahan yang selama ini menghalang rumah berkenaan dari mendapat sijil layak menduduki (CF) kekal.

Antara pihak yang akan mendapat nikmat ini adalah pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak tahun 2002.

Demikian kata Iskandar Abdul Samad, Exco perumahan kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini pembangunan-pembangunan yang terlibat telah hanya dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF) kerana terdapat jalan-jalan yang tidak lagi dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju.

Contohnya terdapat jalan 4 lorong yang baru dibina 2 lorong.

Hari ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melengkapkan pembinaan jalan-jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat pemaju tersebut, kata Iskandar.


Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521 unit kediaman yang terlibat.

Majlis penyerahan akan disempurnakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar pada 22 April 2010, jam 8.30 malam di Jalan Widuri, Seksyen BB 18, Bukit Beruntung.


untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Keputusan Hulu S'gor diketahui 11 malam

Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui 11 malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah, berbaju gelap).

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu 9 malam.

"Sekiranya semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada 9 malam maka kita jangka dapat umumkan keputusan itu 11 malam.

"Tetapi kita tak dapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di Hulu Selangor hari ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Monday, April 19, 2010

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Papan tanda fitnah: AMK buat laporan polis, SPR


Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung lapan papan tanda yang didakwanya sebagai fitnah terhadap PKR.

Satu daripadanya menunjukkan foto ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tulisan 'pengkhianat negara' di sebelah logo BN.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut kepada pihak SPR pada kira-kira jam 12 tengahari ini.

Manakala laporan polis pula dibuat oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas itu, Shamsul berkata pihaknya akan menurunkan papan tanda tersebut jika SPR tidak berbuat demikian.

Sementara itu, timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan telah menerima aduan tersebut

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Dr Halili keluar PKR masuk Umno


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukti yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhan raya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Sebab masuk Umno

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Hari ketiga: Program kempen di Hulu S'gor

erikut adalah jadual kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini:

11.30 pagi: Calon Bebas VS Chandran mengadakan sidang akhbar di Kuala Kubu Baru. Beliau dijangka menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

11.50 pagi: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Akin buat laporan mengenai salahlaku pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk mengenai kain rentang yang didakwa berunsur fitnah serta gambar yang diubahsuai menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim minum alkohol.

1.15 thr: Calon Bebas VS Chandran memproses dokumen untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

2.00 thr: Timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan pengguna, Datuk Tan Lion Hoe menghadiri majlis memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Desa Anggerik, Serendah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber BN(Berita Harian) : Kamalanathan janji beri khidmat 120 peratus


Penduduk Hulu Selangor diminta bantu BN capai kemenangan

HULU BERNAM: “Apabila mahu membersihkan sungai, ia harus bermula dari hulu. Ini adalah fakta berdasarkan geografi dan perkara sama perlu kita lakukan jika ingin ‘membersihkan’ Selangor, iaitu bermula di Hulu Selangor,” kata P Kamalanathan sambil menerima sorakan gemuruh penduduk Kampung Gesir Tengah di sini, semalam.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu turut meminta penduduk Hulu Selangor membantunya menawan semula daerah itu supaya dapat dipulihkan oleh BN selepas negeri itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang, dua tahun lalu.
Menyifatkan pemilihannya sebagai amanat besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau yang berjanji memberi khidmat 120 peratus kepada penduduk, berkata beliau mahu membantu BN melakukan lebih banyak perubahan di Selangor.
Kamalanathan yang berasal dari Rawang turut meminta warga Hulu Selangor ‘menyelitkan’ namanya setiap kali berdoa kerana menyedari hanya Tuhan yang membuat keputusan, walau sebaik manapun perancangan manusia.

“Jika kita lihat, Hulu Selangor secara sejarahnya tidak pernah jatuh kepada pembangkang, tetapi ia berlaku dua tahun lalu atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan menjadi tanggungjawab BN menawannya semula.

“Saya tak mahu menabur janji memberi bulan, bintang atau roket kepada pengundi, tetapi apa yang penting ialah menyediakan perkhidmatan terbaik dan bersama penduduk pada setiap waktu.

“Lagipun, dari Sungai Choh, jerit Kamal pasti didengari kalau jalan raya tidak begitu sesak,” katanya berseloroh pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin.
Sementara itu, Kamalanathan berkata, walaupun berkempen dari awal pagi hingga lewat malam, beliau tidak letih kerana sambutan diberikan pengundi pelbagai kaum membuatkan hatinya gembira.

Sunday, April 18, 2010

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Ketua pemuda PKR Shah Alam keluar parti

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan, berbaju putih) sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sumber Bebas(Malaysiakini) preview: Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol


Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor


Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.

"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.

Menurut Anwar, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.

Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber BN(Berita Harian) : Pemuda BN sedia tangkis fitnah lawan





18 April 2010:
KAMALANATHAN bersama penyokong Barisan Nasional menunjukkan tanda 1Malaysia sebelum berarak ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
KAMALANATHAN bersama penyokong Barisan Nasional menunjukkan tanda 1Malaysia sebelum berarak ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Jentera jelajah desa jawab isu, dekati pengundi muda

KUALA KUBU BHARU: Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan menangkis semua tuduhan dilemparkan pembangkang kepada parti dan pemimpin negara.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata BN melatih kumpulan anak muda untuk bergerak ke pelosok kampung bagi menerangkan kepada pengundi, terutama generasi muda bahawa pembangkang tidak layak me mimpin di Hulu Selangor.
Katanya, antara isu yang dijangka digunakan pembangkang sebagai senjata mereka ialah Apco Worldwide, gagasan 1Malaysia yang didakwa meniru slogan 1Israel dan Model Ekonomi Baru.

“Pemuda BN tidak gentar dengan isu yang cuba dimainkan oleh pembangkang itu kerana kita sudah dapat mengagak apa yang akan mereka buat untuk serang BN.
“Sebab tu, BN sudah bersedia dengan jenteranya untuk menangkis segala tohmahan itu,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di sini, semalam.

Razali berkata, Pemuda BN juga tidak sesekali menggunakan taktik kotor bagi menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang sebaliknya dituntut menjawab persoalan itu dengan jelas dan tepat.
“Kita mempunyai tiga bahagian untuk menjalankan tugas kerana memang kerja pembangkang untuk membuat provokasi. Jadi kita kena banyak bersabar dalam keadaan ini,” katanya

Friday, April 16, 2010

Sumber Pakatan Rakyat(HarakahDaily) Preview: Zaid prihatin isu pemilikan tanah adat Orang Asal

alon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan mengangkat isu pemilikan tanah adat Orang Asal dalam manifestonya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Dengan pengalaman luasnya yang pernah menjawat jawatan menteri di kabinet, beliau juga akan memberi perhatian terhadap taraf sosioekonomi mereka yang diabaikan sejak 50 tahun lalu.

Zaid sebelum ini antara yang lantang menyuarakan keprihatinannya terhadap nasib Orang Asal di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Beliau banyak berbincang dengan peguam dan aktivis hak tanah adat di Sarawak beserta melawat perkampungan Orang Asal di Bidor dan Temerloh bagi mengetahui dengan lebih jelas permasalahan-permasalahan mereka.

Beliau juga telah menyatakan sokongan tentang pentingnya Malaysia menggubal dasar tentang 'Hak-Hak Orang Asal Malaysia' bagi menjamin kesejahteraan masyarakat tersebut dan hak tanah adat mereka.

Beliau sebelum ini turut menyatakan kegusaran bahawa Orang Asli Semenanjung tidak disenaraikan sebagai “Bumiputera” oleh Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan.

Zaid percaya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal, tetapi juga disebabkan kemiskinan mereka.

Ianya selaras dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melihat nasib Orang Asal dibela dan diberi fokus dalam pentadbiran pakatan rakyat.

Dalam Bajet 2010 yang dibentang November tahun lalu, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan komitmen untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Sumber BN(Berita Harian) : MIC perlu menang di Hulu Selangor, buktikan mewakili semua kaum

WASHINGTON: MIC, yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.
"Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil Parlimen (diutamakan).
"Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditematkan dan kembali kepada BN.

"Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini sebelum meneruskan lawatannya ke New York.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan, 44, sebagai calon BN untuk bertanding di situ. Penamaan calon akan diadakan esok.

Najib berkata walaupun Datuk G.Palanivel tidak dipilih semula menjadi calon, beliau tetap mengiktiraf segala sumbangan Timbalan Presiden MIC itu.
"Saya tetap iktiraf Datuk G.Palanivel sebab dia banyak memberi sumbangan sebagai ahli Parlimen dan timbalan menteri (sebelum ini)," katanya.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR yang meninggal dunia 25 Mac lalu akibat barah otak.

Mengenai pemilihan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR kali ini, Najib berkata: "Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas." - Bernama

Sumber BN(Berita Harian) : Letak Zaid bukti PKR terlalu terdesak

BUKIT BERUNTUNG: Pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor memudahkan PKR untuk memperkudakannya kerana beliau masih baru dalam parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) bagi kawasan itu, Datuk Seri Noh Omar, berkata PKR melihat pemimpin lama sudah tidak menaruh sepenuh kepercayaan terhadap parti dan tidak berpeluang untuk menang, justeru Zaid adalah pertaruhan terbaik kerana beliau masih belum tahu selok belok parti.
“Kalau siapa (pemimpin lama) nak jadi calon pun, mungkin tak boleh menang... jadi eloklah ambil Zaid yang baru dua tiga hari masuk PKR, yang tidak tahu tembelang dan mungkin mudah dipergunakan,” katanya selepas melawat pangsapuri kos rendah Bukit Sentosa di sini, semalam.
Kelmarin, PKR mengumumkan Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dipecat daripada Umno pada 2008 sebagai calon mereka untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau yakin pengundi bijak menilai dan memilih wakil anak tempatan yang akan dipertaruhkan BN, berbanding Zaid yang berasal dari Kota Bharu.

“Dia (Zaid) kata lama duduk di Selangor tapi berapa kali dia datang ke Hulu Selangor dan adakah beliau tahu mengenai kawasan ini.

“Kalau mahu pilih wakil rakyat, kita kena pastikan dia tahu selok-belok kawasan supaya senang untuk menyelesaikan masalah,” katanya.
Sementara itu, beliau turut membidas tindakan kerajaan Selangor yang menjadikan Pejabat Daerah Hulu Selangor sebagai pusat pentadbiran sementara kerana ia mengganggu urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang turut berada di situ untuk mengendalikan pilihan raya kecil berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata lebih ramai calon lain yang layak dipertaruhkan PKR berbanding Zaid.

“Tapi oleh kerana dia kaya, jadi mungkin PKR boleh gunakan kekayaan dia untuk berkempen.

“Kita akan keluarkan rekod berapa kali dia datang Parlimen ketika menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 sampai 2008,” katanya

Thursday, April 15, 2010

Sumber Bebas(Malaysiakini) Preview: Hulu S'gor: Kamalanathan lawan Zaid


Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pemilihan Kamala
nathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.

Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.



Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Friday, April 9, 2010

Sumber BN (Berita Harian) : Ahmad Maslan cabar PKR letak calon bukan Melayu

HULU BERNAM: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bukan Melayu bagi mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) parti yang adil di mana pada pilihanraya lalu, empat Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor diagihkan kepada dua calon Umno, MIC dan MCA masing-masing diwakili seorang calon daripada parti berkenaan
“Difahamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan tiga calon Melayu dan seorang calon India. Ia menunjukkan parti itu tidak adil,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk kilang sawit Felda Sungai Tengi, sebentar tadi

Wednesday, April 7, 2010

Sumber Bebas (Malaysiakini) Preview:Akar umbi: 'MIC ya, Palanivel tidak'


Walaupun berat hati, ahli akar umbi Umno bersetuju untuk mempertimbangkan supaya MIC dibenarkan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi mereka menolak timbalan presidennya Datuk G Palanivel.

Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".

"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan.

"Selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.

"Sekurang-kurangnya, kalau (letak) calon dari MIC, carikan orang lain. Kalau MIC letak Datuk G Palanivel, berat sedikit nak menang. Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya," kata seorang lagi pemimpin Umno daripada DUN Batang Kali.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, pemimpin berkenaan berkata, sekiranya BN tetap mahu memilih calon daripada MIC, mereka mesti mengenetepikan Palanivel.

"Selain Palanivel, masih ada harapan," kata seorang pemimpin Umno cawangan di DUN Batang Kali.

Manakala seorang lagi pemimpin akar Umbi Umno daripada DUN yang sama memberitahu, bantahan terhadap Palanivel turut disuarakan semua 130 pemimpin kanan cawangan kepada ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pada pagi Ahad lalu.

Sementera di sebelah malamnya, difahamkan, Ahmad turut mengadakan pertemuan dengan kira-kira 70 pemimpin Pemuda dalam DUN Batang Kali dan mendapat reaksi lebih "serius dan keras".

Sumber-sumber bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut sajauh mana kerasnya desakan itu atau mendedahkan butiran lanjut mesyuarat.

Menurut sumber lagi, tuntutan merekaturut mengambil kira suara pengundi Cina yang mahukan pucuk pimpinan parti menyerahkan semula kerusi tersebut kepada Umno.

untuk berita lanjut,sila klik disini

Tuesday, April 6, 2010

Sumber BN: Muhyiddin umum calon BN Hulu Selangor 15 April

SEPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka diumumkan pada 15 April ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah memaklumkan kepadanya mengenai nama calon berkenaan.
Beliau (Perdana Menteri) sudah memaklumkan kepada saya dan saya akan umumkan pada 15 April ini, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Grand Prix Formula 1 Malaysia Petronas 2010 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.
Diminta memberi bayangan mengenai calon berkenaan, Muhyiddin yang akan mengetuai jentera pilihan raya kecil itu berkata ia tidak perlu.

Mengenai sama ada pemilihan calon berkenaan memuaskan hati semua pihak dalam BN, Muhyiddin berkata:

Insya-Allah ..15 haribulan (April) nanti kita akan jelaskan, (beliau) juga orang tempatan... Insya-Allah.

Muhyiddin berkata, sokongan rakyat kepada BN adalah kukuh lebih-lebih lagi selepas Perdana Menteri turun melawat kawasan berkenaan kelmarin.
Selepas Perdana Menteri turun semalam (kelmarin), nampak rakyat kembali menyokong BN dengan lebih nyata dan jelas.

Kita berharap ia akan menjadi gelombang dan (memberikan) momentum, katanya.