Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Monday, April 26, 2010

Sumber Bebas (Malaysiakini) Preview: HBN menang tapi hilang sokongan Cina


Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam, sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu.


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan, berbaju kelabu) pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: