Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Monday, April 26, 2010

Sumber BN(Berita Harian) : Bukti peralihan sokongan rakyat BN

Kemenangan bawa erti besar kepada BN: Najib

HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. Beliau berkata, keputusan itu juga secara automatik menuntut BN untuk bekerja bersungguh-sungguh memenuhi amanat rakyat.

"Kemenangan calon BN Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada 2008 dan keputusan pada hari ini (semalam) sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi.

"Ini adalah satu anjakan atau peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai pembangkang," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta pemimpin parti komponen BN.
Najib berkata: "Sekarang kita perlu turun padang, sentiasa mengambil berat dan mesti selesaikan semua janji di sini.

"Bukan saja mesti laksanakan semua janji, tetapi semua jangkaan dan harapan rakyat mesti dipenuhi dalam semua aspek sama ada pembangunan, kebajikan dan melayani kehendak pengundi di kawasan ini."

Perdana Menteri berkata, kemenangan calon BN juga menunjukkan pengundi Hulu Selangor menolak cara pembangkang berpolitik kerana menabur fitnah dan pembohongan, malah mereka tahu membuat penilaian siapa yang benar dan apa yang batil.

Mengenai faktor yang membawa kepada kemenangan ini, Najib berkata, banyak yang mempengaruhinya, namun tidak menolak kemungkinan ia bergantung kepada faktor nasional dan setempat.

Beliau menegaskan kemenangan ini adalah satu permulaan baik bagi arah tuju parti.

“Saya percaya kita berada dalam landasan sebenar. Cuma rakyat nak tengok hasil keputusan selepas mereka gembira dengan pengumuman (kemenangan)," katanya.

Najib turut menghargai segala usaha dan komitmen jentera parti dari semua parti komponen serta semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jentera parti yang bekerja bersungguh-sungguh dengan komitmen yang tinggi bagi memastikan kemenangan ini.

“Calon kita Kamalanathan juga mempunyai perwatakan dan personaliti yang diterima pengundi," katanya.

0 comments: