Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Friday, April 16, 2010

Sumber BN(Berita Harian) : MIC perlu menang di Hulu Selangor, buktikan mewakili semua kaum

WASHINGTON: MIC, yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.
"Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil Parlimen (diutamakan).
"Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditematkan dan kembali kepada BN.

"Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini sebelum meneruskan lawatannya ke New York.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan, 44, sebagai calon BN untuk bertanding di situ. Penamaan calon akan diadakan esok.

Najib berkata walaupun Datuk G.Palanivel tidak dipilih semula menjadi calon, beliau tetap mengiktiraf segala sumbangan Timbalan Presiden MIC itu.
"Saya tetap iktiraf Datuk G.Palanivel sebab dia banyak memberi sumbangan sebagai ahli Parlimen dan timbalan menteri (sebelum ini)," katanya.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR yang meninggal dunia 25 Mac lalu akibat barah otak.

Mengenai pemilihan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR kali ini, Najib berkata: "Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas." - Bernama

0 comments: