Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Wednesday, August 19, 2009

Berita Politik Pilihan 3 Sumber 19/8/2007

MALAYSIAKINI PREVIEW:

Nik Aziz nafi kata 'ahli Umno tidak masuk syurga'

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain."Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

HARAKAHDAILY PREVIEW:

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga"."Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini."Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain."Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga."Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin."Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu."Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Untuk berita lanjut, sila klik disini


BERITA HARIAN PREVIEW:

Nik Aziz ekstrem:Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.

Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir."Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.

Mengikut sejarah, kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah, tetapi tidak menerima majlis tahkim.Bagaimanapun, golongan itu belot dan membunuh Saidina Ali kerana memprotes kesediaan beliau menerima keputusan majlis tahkim. Kaum Khawarij juga berpendapat pelaku dosa besar adalah kafir dan mengkafir serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan."Oleh itu, semakin jelas Pas sudah bersikap seperti kaum Khawarij yang menegaskan mereka (anggota Pas) saja yang betul dan orang lain salah atau kafir," katanya.Ibrahim berkata, dari segi analisis psikologi pula, kelantangan Nik Abdul Aziz mencerca Umno mungkin mempunyai kaitan dengan kemarahannya yang terus membara sejak bekas Yang Dipertua Pas, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda, membawa masuk Pas ke dalam Barisan Nasional (BN).

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: