Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Tuesday, August 11, 2009

berita politik pilihan 3 sumber 11/8/2009

MALAYSIAKINI PREVIEW:

Isu ISA: Undian KDN dipertikai


Desakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin jauh merosot dalam undian di laman web berita Keselamatan Dalam Negeri (KDN) - tinggal lagi 56 peratus daripada 92 peratus sejak minggu lalu.Jumlah respons bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" bagaimanapun meningkat mendadak dalam tempoh beberapa jam sejak awal petang ini kepada 23,106 daripada 522 respons dalam semakan awal Malaysiakini, Khamis lalu.

Sebanyak 481 respons atau 92 peratus mahu akta kontroversi itu dihapuskan minggu lalu, hampir 24 jam selepas undian itu dimuat naik di portal berita rasmi kementerian berkenaan.Hari ini tinggal 56 peratus atau 13,002 respons mahu ia dimansuhkan, selebihnya ingin ia disemak seperti janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga berubah, setakat semakan jam 3.10 petang ini - 50 peratus atau 12,210 daripada 24,418 respons menyifatkan akta itu "zalim".Minggu lalu, 597 respons atau 88 peratus menganggapnya sedemikian.Bagaimanapun sekumpulan pengguna internet mendakwa respons terbaru bagi dua soalan tersebut - termasuk yang pertama "pada pandangan anda, ISA adalah ..." - telah dimanipulasi oleh kementerian berkenaan.

Kenaikan mendadak respons itu berbeza dengan corak jawapan bagi tiga soalan lagi sejak ia dimulakan.Semakan akhbar harian China Press di laman web www.ikdn.gov.my setakat 4 petang semalam menunjukkan, soalan pertama menerima 13,646 respons dan soalan keempat pula 13,969 respons.

Tiga soalan lain menerima respons antara 12,246 hingga 12,578.Semakan Malaysiakini bagi ketiga-tiga soalan tersebut menunjukkan ia tidak naik mendadak, sebaliknya mengikut corak respons seperti Khamis lepas.Menjawab isu tahap pengetahuan pengunjung berhubung akta tersebut, 94 peratus daripada 12,974 respons memilih "faham"

untuk berita lanjut, sila klik disini


HARAKAHDAILY PREVIEW:

Kerajaan masih salahgunakan ISA

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu negara pada 1 Ogos lalu sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan.Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar."Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan rakyat yang di luar bandar.

"Mereka turun (dengan) satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah,"katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.Menurutnya, ISA masih lagi digunakan sebagai 'senjata' oleh parti pemerintah untuk mempertahankan pemerintahannya,Katanya, tindakan tersebut telah mencabul amalan demokrasi yang sebenarnya, di mana kerajaan bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan."Bahkan, (ia) digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang."Jelas undang-undang ini disalahgunakan,"tegasnya.Menjawab tuduhan pihak tertentu yang mengatakan, demontrasi tersebut mencetuskan keganasan dan huru-hara, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan sekeras-kerasnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini


BERITA HARIAN PREVIEW:

Gerakan mahu kerajaan dapatkan semula wang PKFZ

Gerakan hari ini menggesa kerajaan mendapatkan semula wang yang tidak sepatutnya telah dibayar kepada pihak yang terbabit dalam kemelut Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan memperkenalkan mekanisme bagi mencegah perkara sedemikian berulang.

“Kerajaan juga perlu bersikap telus dan mendedahkan semuanya yang perlu didedahkan mengenai projek PKFZ."Ratusan juta ringgit telah disebut dalam kemelut itu. Ianya bukan wang kerajaan atau wang Lembaga Pelabuhan Klang, ianya wang pembayar cukai," kata Naib Presiden parti, Datuk Mah Siew Keong, dalam kenyataan hari ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: