Laman ini bermatlamat menjadi satu pusat rujukan untuk senario politik di Malaysia dengan merujuk kepada 3 sumber yang berbeza iaitu sumber bebas(malaysiakini), sumber barisan nasional(Berita Harian), dan sumber pakatan rakyat(Harakah Daily). Diharap dengan merujuk kepada 3 sumber ini, dapat menjadikan laman ini satu laman pusat sumber politik malaysia yang adil dan saksama

MASUKKAN EMEL ANDA UNTUK MENGETAHUI BERITA POLITIK 3 SUMBER TERUS KE EMEL ANDA

Disediakan oleh Google FeedBurner & Laman Sumber Politik Malaysia Adil dan Saksama

MALAYSIAKINI (SUMBER BEBAS)

Berita Utama Malaysiakini

HARAKAH ONLINE (SUMBER PAKATAN RAKYAT)

Berita Utama HarakahDaily

BERITA HARIAN(SUMBER BARISAN NASIONAL)

Berita Terkini: Berita Harian Malaysia

PENAFIAN: PEMILIK LAMAN WEB SUMBER POLITIK MALAYSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KESAN BAIK DAN BURUK YANG BERLAKU HASIL MAKLUMAT DIPEROLEHI MELALUI LAMAN WEB INI. SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK MUTLAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMILIK SUMBER ASAL

Wednesday, August 12, 2009

Berita Politik Pilihan 3 Sumber 12/8/2009

MALAYSIAKINI PREVIEW:

Pak Samad usul demo anti-PPSMI


Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

"Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini petang ini.

"Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."

Beliau, juga popular dengan panggilan Pak Samad, diminta menjelaskan cadangannya agar perhimpunan besar diadakan bagi kali kedua sebaik sahaja pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan dasar itu mulai 2012 awal bulan lalu.

Pak Samad menambah, terpulanglah kepada ahli jawatankuasa GMP untuk memutuskannya kerana beliau hanya bertindak sebagai penasihat gabungan NGO dan parti pembangkang itu.Ditanya tujuan mesyuarat itu diadakan, beliau berkata:"Mesyuarat ini diadakan ekoran perkembangan baru PPSMI yang pada mulanya dikatakan akan dimansuhkan pada 2012, nampaknya mula ditarik-tarik (dilengahkan) ke 2014, atas alasan untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan."Saya memang tidak berapa senang atas alasan itu."

untuk berita lanjut, sila klik disini


HARAKAH DAILY PREVIEW:

Menyingkap agenda tersirat Muhyiddin

TIMBALAN Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal?

Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

untuk berita lanjut, sila klik disini




BERITA HARIAN PREVIEW:

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam."Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: